SEJARAH

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َانِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ
Powered By Blogger

Selasa, 20 Disember 2011

Akhir Tahun 2011

Assalamualaikum wbt..apa kabar kepada teman-teman semua,lama betol saya tidak menulis dan mengemaskini blog ini..ini disebabkan ruang masa yang tidak mengizinkan untuk saya mengadap komputer bagi tujuan tersebut..sedar atau tidak sekarang kita semua telah berada di hujung tahun 2011..sudah pastilah peningkatan umur terus meningkat dari semasa ke semasa..ibu bapa juga sekarang sibuk dengan persiapan pakaian sekolah anak-anak..begitulah adat resam kehidupan kita semua..

Selasa, 4 Oktober 2011

timun

MENARIK TENTANG TIMUN

بسم الله الرحمن الرحيم



Jika anda keletihan di siang hari makanlah timun, ia kaya dengan vitamin B dan karbohidrat untuk mengembalikan kesegaran anda dan ianya mampu bertahan berjam-jam.

Jika cermin di bilik mandi anda sentiasa berkabus setiap kali selepas mandi, ambilkan sepotong timun dan sapu ke seluruh muka cermin tersebut, ia akan menghilang kabus dan menghasilkan bauan yang nyaman seperti di spa.

Jika ulat dan siput merosakkan tanaman anda, masukkan beberapa potong timun ke dalam bekas tin aluminium. Tindakan bahan kimia daripada timun dengan aluminium menghasilkan bauan yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia tetapi mampu menghalau serangga perosak lari dari sekitar tanaman tersebut.

Jikan anda ada masalah selulit yang menghodohkan rupa kulit anda, potong beberapa keping timun dan sapukan selama beberapa minit pada kawasan bermasalah tersebut. Ia mengandungi fitokimia yang membuatkan kalogen pada kulit anda bertindak menegangkan lapisan luar kulit dan menghilangkan pandangan selulit itu. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan berkedut pada kulit.

Jika anda mabuk atau pening kepala, makan beberapa potong timun dan pergi tidur. Anda akan segar semula sepelepas bangun. Timun mengandungi gula, vitamin B dan elektrolit yang cukup untuk mengebalikan nutrient yang hilang dari badan anda seterusnya mengembalikan kesimbangan tubuh badan anda. Mabuk dan pening hilang dengan mudah dan percuma.

Tak sempat makan kerana banyak kerja, makan saja timun dan ia mampu mengelakkan anda dari merasa kelaparan. Ia telah lama digunakan oleh para pelayar dan pedagang eropah sejak dulu bagi mengelakkan kebuluran.

Tak sempat gilap kasut berkilat anda, ambil timun segar potong dan sapu pada permukaan kasut tersebut. Kasut akan segera berkilat bersinar-sinar dan bertahan la malah ia juga kalis air!

Timun boleh jadi pengganti kepada WD 40. Jika ensel anda ketat berbunyi, sapukan atau tenyeh saja dengan timun, engsel kembali lancar dan tiada lagi bunyi.

Rasa stress dan berserabut tak perlu pergi ke spa atau pusat urutan. Masukkan saja sebiji timun yang dipotong ke dalam air panas mendidih dan serkup muka anda dengan tuala untuk di salaikan pada stim air campuran timun itu. Anda akan rasa segar dan tenag kembali. Baik untuk kaum ibu dan pelajar yang stress.

Lepas makan dan anda khuatir mulut berbau. Ambil sepotong timun dan tekankan ia dengan lidah pada lelangit mulut anda selama 30 saat. Bahan kimia pada timun akan membunuh bakteria yang bertanggung jawab menghasilkan bau mulut.

Peralatan stainless steel anda boleh digilap dengan potongan timun untuk mengembalikan sinarannya dan ia mampu menghilangkan kekotoran yang melekat pada barang tersebut.

Nak buat pembetulan pada tulisan pen mudah saja dengan mengambil bahagian kulit luar timun dan gosok perlahan-lahan, tulisan akan terpadam. Juga boleh digunakan untuk memadamkan hasil seni anak-anak anda pada dinding rumah. - wartashubhi


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Isnin, 3 Oktober 2011

Ada Apa Pada Niat?

Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." - [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ya, segalanya bermula dengan niat.
Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara, semuanya dinilai oleh Allah berdasarkan apa yang terbit dari hati.

Adalah sesuatu yang amat merugikan apabila sesuatu ibadah yang dilakukan, tetapi tidak di terima Sang Pencipta hanya dek kerana hati tidak ditujukan tulus ikhlas kerana-Nya.

Apabila berbicara mengenai 'ikhlas'... Ya Allah,  ia adalah sesuatu yang amat sukar. Namun, ia perlu dilatih.

Hamba Allah mana yang tidak mahu amal keseluruhannya diterima oleh Allah? Manusia beriman yang mana tidak mahu timbangan mizannya berat kerana ibadah yang diterima oleh Allah?  Umat Muhammad yang mana satukah yang tidak berbangga di hari kiamat nanti andai amal-amalnya menjadi asbab untuknya mendiami syurga Allah? Mustahil! Semua dalam kalangan kita ini pastinya mengimpikan perkara tersebut. Jadi, ikhlas dalam beramal adalah kuncinya!

Setiap kali hendak melakukan sesuatu kebaikan di dalam kehidupan seharian, ingatlah... bahawa pada saat itu kita pasti akan diuji.

Syaitan pada ketika itu sentiasa membisik-bisikkan supaya amal yang di lakukan itu bukan bertujuan untuk mencari redha al-Kholik, tetapi untuk mendapatkan balasan daripada al-makhluk yang pada hakikatnya tidak memberatkan walau sedikitpun timbangan mizan kita di hari pengadilan kelak.

Oh niat! Betapa besarnya fungsimu dalam hidup kami. Justeru, mari kita lihat fungsi-fungsi niat secara ringkas sebelum kita pergi lebih jauh.

1.MENYEMPURNAKAN Sempurnanya amal adalah dengan adanya niat.  Niat adalah rukun dalam setiap ibadah. Tanpa niat, maka tidak sempurna ibadah seseorang itu.

02.MENGUBAH
Hanya dengan niat sahaja, amal yang baik mampu berubah kepada buruk.
Sebagai contoh, sedekah itu adalah suatu yang amat baik. Tetapi, sekiranya dilakukan kerana ingin menunjuk-nunjuk pada manusia lain, maka amal itu amat dipandang hina oleh Allah.
Tetapi ingat, dengan niat yang baik, tidak sesekali akan mengubah keburukan kepada kebaikan.
Contohnya, konsert rock amal. Walaupun niat untuk membantu golongan susah dengan dana yang diperolehi itu adalah baik, namun dengan mengadakan konsert yang menggalakkan pergaulan bebas berlainan jantina sangatlah tidak dibenarkan dalam islam. Niat tidak menghalalkan cara.

03.MEMBEZAKAN
Niat membezakan antara adat dan ibadah. Contohnya, sekiranya seseorang itu makan tanpa meniatkan apa-apa, maka makannya itu adalah adat. Tetapi sekiranya makannya itu diniatkan untuk mendapatkan kekuatan untuk melakukan ibadah selepas itu, maka makannya dikira sebagai ibadah kepada Allah.

04.MEMBESARKAN / MELIPATGANDAKAN
Amal yang kecil, kadang-kadang boleh menjadi besar hanya kerana niat. Contohnya, seseorang yang menyumbang RM1 untuk membantu pembangunan masjid dan dia melakukan itu hanyalah semata kerana Allah, maka percayalah, nilai sumbangannya itu adalah amat besar di sisi-Nya.
Sebaliknya, seseorang yang menyumbang RM 10 000 untuk tujuan menunjuk-nunjuk, di sisi Allah sumbangan itu adalah amat kecil.

Ingatlah... betapa banyaknya amal yang kecil menjadi besar gara-gara niat; dan betapa banyaknya amal yang besar menjadi kecil juga gara-gara niat.
SubhanAllah, betapa besarnya peranan niat ini dalam kehidupan kita.

Para ulama' pernah menukilkan bahawa ada seorang lelaki yang berhijrah dari Mekah ke Madinah bukan bertujuan untuk memperolehi kelebihan dan ganjaran hijrah tetapi dia berhijrah demi mengahwini seorang wanita bernama ummu Qais. Lalu dia digelar 'Muhajir ummu Qais' dari riwayat at-Thobarani.
Sekiranya kita lihat realiti masa kini, dalam konteks seorang pelajar, apakah niat kita menuntut ilmu?

Adakah semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah, mandapatkan pekerjaan yang hebat, beli rumah besar, pandu kereta mewah dan supaya dapat kumpul duit untuk menjamin masa tua kita kelak?
Saya tidak mengatakan tujuan itu salah, tetapi adakah hanya sesempit itu maksud tujuan kita menuntut ilmu?
Sekiranya hanya itu yang kita niatkan untuk mempelajari ilmu ini, maka tanyakan pada diri sendiri, apa bezanya tujuan belajar kita dengan tujuan belajar orang lain yang tidak beriman dengan Allah sebagai pencipta dan pentadbir sekalian alam?

Adakah tidak sedikit pun di dalam lubuk hati kita meletakkan menuntut ilmu sebagai menyahut seruan cinta daripada Allah, yang mana Allah akan  menjanjikan darjat yang lebih tinggi bagi orang-orang yang berilmu?

"... nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang BERILMU beberapa darjat. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan." - [al-Mujadilah: 11]

Selain dari itu, tidakkah sedikit pun di dalam hati kita meletakkan ruang untuk menjadi pembela kepada ummat setelah kita berjaya?
Atau tidakkah ada sekelumit rasa di dalam sanubari untuk menjadi penyumbang sama ada dalam bentuk harta, ilmu mahupun tenaga setelah tamat pengajian kelak sepertimana yang telah dilakukan oleh para sahabat pada ketika dahulu?

Abu Bakar telah menyerahkan seluruh hartanya dalam peperangan menentang kaum kafir, manakala Abdul Rahman bin Auf menyumbang dan menginfa'kan hartanya yang banyak demi menegakkan kalimah Allah.
Cukuplah golongan sahabat yang mana Rasulullah menyifatkan mereka sebagai sebaik-baik generasi menjadi contoh buat kita dalam meniti hari-hari di bumi Allah ini.

Oleh itu, ayuh kita semua belajar, berusaha dan melatih diri untuk sentiasa ikhlas dalam setiap amal yang dilakukan agar di hari akhirat kelak kita menghadap Allah dengan wajah yang berseri-seri untuk mempersembahkan amal-amal yang tulus ikhlas semata-mata kerana-Nya. Ya, hanya kerana-Nya.

"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." - [al-An'am: 162-163]

sumber - Artikel iluvislam.com













Jumaat, 26 Ogos 2011

RAMADHAN KIAN BERAKHIR

Ramadhan kian berakhir..hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi semua umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri..Namun demikian kita janganlah leka dengan membuat persiapan raya hinggakan lupa Ramadhan masih mempunyai bilangan hari nya..teruskan beribadah hingga tibanya Aidilfitri..

PERSIAPAN MENYAMBUT AIDIL FITRI 

Hadis Nabi saw :-
   "Bersunguh-sungguhlah kamu sekalian pada Hari Raya Fitri dengan bersedekah dan amalan-amalan yang baik,bagus dan mulia daripada sembahyang,zakat,bertasbih dan tahlil, kerana sesungguhnya hari ini Allah swt mengampuni semua dosa kamu sekalian, mengabulkan doamu dan melihat kamu sekalian dengan kasih sayang"

PERKARA PENTING :

1.Perjalanan balik kampung
   *Niatkan untuk mencari keredhaan dan kemaafan ibu bapa

Hadis Nabi saw :-  "memuaskan hati ibu bapa itu sebaik-baik pintu syurga yang disediakan"

2. Berbakti kepada ibu bapa
 Hadis Nabi sae :-"Siapa yang suka diberkatkan umurnya dan ditambahkan rezekinya,hendaklah ia berbakti kepada ibu bapa dan menghubungkan silaturrahim"

3.Waktu Magrib
   *sebaik sahaja berbuka puasa akhir ramadhan dan sembahyang magrib 1 syawal,mulai dengan memperbanyakkan membaca takbir,beterusan sehingga selesai sembahyang hari raya,takbir ini dikenali "takbir Mursal"

4.Membayar zakat fitrah
   *Zakat fitrah itu wajib hukumnya atas tiap-tiap orang yang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan,sehingga matahari terbenam di akhir ramadhan.

HUKUM WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH :-

a) Harus     : sepanjang bulan ramadhan
b) Sunat     : pada malam 1 syawal
c) wajib     : sebelum sembahyang hari raya
d) Makruh : selepas sembahyang hari raya
c) Haram   : selepas sembahyang asar hari raya

mudah-mudahan dapat dikongsi bersama..aminnn























Selasa, 16 Ogos 2011

Kaifiyat Sujud Syukur

Berikut adalah diterangkan secara ringkas kaifiyat sujud syukur. Untuk pengetahuan, kaifiyat sujud syukur adalah sama dengan kaifiyat sujud tilawah di luar sembahyang. Makanya dibentangkan di sini kaifiyat sujud syukur dengan merujuk kepada kaifiyat sujud tilawah di dalam kitab At-Tibyan Fi Hamalatil Quran, karangan Imam Nawawi.

         Hukum Sujud syukur sama dengan hukum sembahyang sunat dalam pensyaratan suci dari hadas dan najis, menghadap kiblat dan menutup aurat. Maka haram Sujud syukur pada orang yang di badan atau bajunya terdapat najis yang tidak dapat dimaafkan. Dan haram atas orang yang berhadas, kecuali jika dia bertayamum di suatu tempat yang diharuskan bertayamum. Diharamkan pula menghadap selain kiblat, kecuali dalam perjalanan di mana boleh menghadap selain kiblat dalam sembahyang nafilah. Semua ini dipersetujui oleh para ulamak.

           Apabila hendak sujud, niatkan sujud syukur dan melakukan takbiratul ihram dan mengangkat kedua tangan sejajar dengan kedua bahunya sebagaimana dia melakukan takbiratul ihram untuk sembahyang. Kemudian dia takbir lagi untuk sujud syukur tanpa mengangkat tangan. Takbir yang kedua ini dianjurkan, bukan syarat, seperti takbir hendak sujud di dalam sembahyang.

          Sementara takbir yang pertama, iaitu takbiratul ihram, maka ada tiga pendapat. Pendapat pertama, takbir yang pertama (takbiratul ihram) merupakan rukun dan tidak sah sujud syukur kecuali dengannya. Pendapat kedua adalah ianya tidak wajib, hanya dianjurkan. Sekiranya takbir itu ditinggalkan sujudnya tetap sah. Ia adalah pendapat Al-Juwaini. Pendapat ketiga mengatakan, ianya tidak dianjurkan.

        Kemudian, jika orang yang ingin sujud itu dalam keadaan berdiri, dia pun mengucapkan takbiratul ihram, kemudian takbir untuk sujud ketika merebahkan diri ke tempat sujud.

       Kemudian ketika sujud dia mesti memperhatikan adab-adab sujud sama seperti sujud di dalam sembahyang Sementara tasbih di dalam sujud, hendaklah bertasbih seperti bertasbih dalam sujud sembahyang iaitu diucapkannya di dalam arabnya “Subhana Rabbiyal A’la wabihamdih” sebanyak tiga kali.

          Ada ucapan tambahan dalam bahasa arabnya: “Allahumma laka sajadtu, wabika amantu walaka aslamtu sajada wajhiyalillazi halaqohu wasowwarahu wasyakkahu sama’hu wabasorahu bihaulihi waquwwatihi tabarakallahu ahsanul hooliqiin.” (Dapatkan teks dalam bahasa arabnya)


Juga dengan ucapan tambahan di dalam arabnya: “Subbuhun quddusan rabbuna warabbul malaikatu warruh.”

        Berkata Imam Nawawi: “Maka disunahkan menggabungkan antara dzikir-dzikir ini seluruhnya dan berdoa berkenaan dengan urusan-urusan akhirat dan dunia yang diinginkannya. Jika dia batasi pada sebagiannya, sudah cukup bacaan tasbihnya. Sekiranya tidak bertasbih dengan sesuatu apa pun, tercapailah sujudnya seperti halnya sujud dalam sembahyang. Kemudian ketika selesai dari bertasbih dan berdoa, dia angkat kepalanya sambil bertakbir.”

     Apakah sujud syukur memerlukan salam? Terdapat dua pendapat. Pendapat pertama ialah ia memerlukan salam kerana memerlukan takbiratul ihram dan menjadi seperti sembahyang jenazah. Pendapat kedua mengatakan, tidak memerlukan salam kerana hal itu tidak dinukil dari pada Nabi saw.

sumber:fekah.blogspot.com

Selasa, 2 Ogos 2011

hadith hari ini

Tajuk :
Ganjaran Puasa Ramadhan
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
 
Riwayat Bukhari & Muslim
 
Huraian
Pengajaran Hadis:
i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung. 

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T. 

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah s.a.w.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.

sumber:jakim

Khamis, 28 Julai 2011

21 PETUA MURAH REZEKI

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah

Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)

Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

 10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)



13.Selalu Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.

Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Memberi binatang makan cth: burung,kucing atau ikan

“Tidak ada seorang muslim yang menanam pohon atau tanaman lalu burung memakannya,manusia atau haiwan,kecuali dia akan mendapatkan sedekah kerananya.”(HR Al-Bukhory)

15. Selalu bangun solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

16.Selalu menunaikan Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

17.Bersyukur kepada Allah (SWT)

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi:

“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
18.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca

“Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

19.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

20.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

21.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.

Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.

Selasa, 26 Julai 2011

ramadhan

ALHAMDULILLAH hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Ramadhan 1432H..Di kesempatan ini juga kita patot bersyukur kerana masih dipanjangkan umur oleh ALLAH SWT untuk meneruskan sisa kehidupan yang belum tahu bilakah penghujungnya...di dalam keadaan membesarkan anak-anak, mencari rezeki untuk keluarga, ibu yang mengandung,  kita tidak pasti nyawa kita boleh bila-bila sahaja akan diambil Nya..



Riwayat: Riwayat Bukhari & Muslim

Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan

Huraian Hadith: 
Pengajaran Hadis: i) Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ˜ra-mim-dal', yang bererti panas, atau panas yang menyengat. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud menjadi panas atau sangat panas, atau diertikan juga sebagai hampir membakar. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tenggorok terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

ii) Manakala perkataan puasa dalam bahasa Arab disebut ˜Siyam' atau ˜Soum' Kedua-duanya berasal dari kata dasar ˜Sa-wa-ma', di mana secara etmologinya bererti menahan diri daripada segala yang dilarangnya serta mengikuti apa yang diperintahkan-Nya. Hal ini dapat diwujudkan dengan adanya perasaan takut (taqwa) kepada Allah S.W.T.

iii) Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawikh dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

iv) Selain itu Allah S.W.T juga memberikan dorongan untuk kita berusaha memperbanyakkan ibadah dengan melipatgandakan pahala pengamalnya serta disediakan satu malam yang lebih baik iaitu ˜Lailatul Qadar' di mana kelebihannya menandingi 1000 bulan malam-malam biasa.

Selasa, 19 Julai 2011

Iman 20 sen



Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Semoga Bermenfaat!

Jumaat, 15 Julai 2011

Selamat Datang

assalamualaikum wbt...selamat datang kepada semua pelawat yang sudi menjenguk ke blog ini..mudah-mudahan dapat kita berkongsi sedikit sebanyak apa jua yang terdapat di dunia IT ini InsyaAllah..jika ada apa jua idea boleh la sumbang kan di dalam ruangan chat sebelah ini,terima kasih..

Khamis, 14 Julai 2011

hadith hari ini

Kategori : AKIDAH Akhlak   
Tajuk :
Isteri derhaka
Hadith :
Dari Ibnu Abbas r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:”Diperlihatkan (Allah) kepadaku akan neraka.. Ketika itu kulihat kebanyakan isinya terdiri daripada perempuan-perempuan kafir.” Baginda ditanya oleh seseorang:”Apakah mereka kafir kepada Allah?” Jawab Rasulullah, “Mereka kafir kepada karib (suami) dan (tidak tahu berterima kasih) atas kebaikan (yang diterimanya). Biarpun engkau telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripadamu sedikit kesalahan sahaja, lantas ia berkata:”Saya tidak pernah melihat kebaikan darimu sedikit pun!”

 
(al-Bukhari)
 
Huraian
1. Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.
 
 
 


2. Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: "Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya." (Riwayat Ibnu Hibban) 

 3. Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan. 

4. Rasulullah bersabda: "Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta'ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang." (Riwayat Al Bazzar).

Rabu, 13 Julai 2011

Hadith pilihan

Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Sifat Manusia
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.”
 
Riwayat Ahmad
 
 Huraian
i) Manusia secara semulajadinya bersifat tamak dan dengki terhadap kelebihan orang lain.

ii) Kedua-dua sifat ini membawa kerugian kerana ia akan melahirkan individu yang tidak bersyukur sehingga hubungan dalam masyarakat menjadi rosak akibat daripada berlakunya pergaduhan dan persengketaan sesama sendiri. 

iii) Selaku umat Islam kita dituntut untuk sentiasa bersyukur kepada Allah kerana dengan bersyukur hati kita akan tenang dan redha di samping mempercayai bahawa rezeki itu terletak di tangan Tuhan. Kita wajib berusaha sedangkan yang menentukannya adalah Allah S.W.T. Bahkan Allah telah berjanji bahawa rezeki orang yang bersyukur akan ditambah sebaliknya pula bagi orang kufur (tidak bersyukur). 

iv) Lawan kepada sikap tamak itu adalah bersikap sederhana iaitu menolak keterlaluan di mana kita dituntut agar bersederhana dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan sebagainya tetapi mestilah menyeimbangkannya terutama dalam memenuhi tuntutan keduniaan dan tuntutan akhirat.

Rabu, 6 Julai 2011

MINYAK KELAPA DARA

minyak kelapa dara untuk kesihatan..
sesuai diamalkan untuk mengekalkan tenaga,tanpa pengawet dan bahan sampingan..dihasilkan secara semulajadi melalui kelapa atau nyo..100ml hanya rm25.00..biasa 150ml harga pasaran rm35.00
cal 0179530708
APA ISTIMEWANYA MINYAK KELAPA DARA???

DIANGGARKAN 50% DARIPADA ASID LEMAK(FATTY ACID) DI DALAM MINYAK KELAPA ADALAH ASID LAURIK( LAURIC ACID) SEJENIS ASID LEMAK YANG BERANTAI SEDERHANA(MEDIUM CHAIN FATTY ACID) YANG BERSIFAT ANTI-VIRUS, ANTI BAKTERIA DAN ANTI PROTOZOA. ASID LAURIK YANG TERDAPAT DALAM MINYAK KELAPA INI MEMILIKI KHASIAT SERUPA DENGAN SUSU IBU.

SUSU IBU MENGANDUNGI JUGA ASID LAURIC- UNSUR YANG BERFUNGSI MEMBERI KETAHANAN(IMMUNE) KEPADA BAYI YANG MENYUSU IBU. MEMAKAN MINYAK KELAPA TERUTAMANYA MINYAK KELAPA DARA AKAN MENAMBAHKAN DAYA KETAHANAN BADAN SESEORANG, DIMANA DENGAN KEKUATAN TERSEBUT TUBUH AKAN DAPAT MELAWAN SERANGAN BAKTERIA,VIRUS DAN PROTOZOA YANG BERPOTENSI MEMBAWA PELBAGAI PENYAKIT.


Isnin, 27 Jun 2011

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Umat Islam seluruh dunia akan menyambut ketibaan peristiwa agung iaitu Israk dan Mikraj yang ada disebut dalam ayat pertama surah al-Israk pada 27 Rejab setiap tahun InsyaAllah. Mereka tidak akan melepaskan peluang keemasan yang datang sekali setahun dalam bulan hijriah. Ia bagaikan dinanti-nanti oleh pencinta agama Islam, kerana kepentingannya dalam mentarbiyah jiwa manusia ke arah kesempurnaan. Israk dan Mikraj adalah salah satu peristiwa penting yang berlaku pada diri baginda Rasulullah SAW.

     Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentangkekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad SAW. Orang kafirsendiri menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yangmenambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaanumat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terusmembenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahupenjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan sepertibilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepadacerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembalimurtad daripada Islam. Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama dibumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestinmalah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumiIsra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terusmenjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasanYahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalantanpa perikemanusiaan.

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,
dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

 D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orangorang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.

M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’, aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih,
nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

 Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah) 

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu  jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.

c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.

d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi Idris AS.

e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.

f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan nabi-nabi.

g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La
Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.

i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.

k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.

l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul- Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya.

Allah SWT: Ya Muhammad
Rasullah: Labbaika
Allah SWT: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah SWT : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah “Arasy”. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku fardukan atas mu dan umat mu 50 (waktu)
sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul- Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.

Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia. Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al- Haram hingga ke hari ini.

Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan
peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam

Isnin, 20 Jun 2011

RAMADHAN KIAN HAMPIR

setelah meningalkan Ramadhan lalu, alhamdulillah kini kita akan berjumpa sekali lagi dengan nya pada tahun ini..semoga kita akan dapat bersama dengan nya untuk sebulan pada tahun ini..sesiapa yang masih belum qadha puasa tahun lepas sila lah berbuat demikian hehehe

Khamis, 5 Mei 2011

LAWAK BERGADUH

Lawak jenaka bebudak kecik….menarik gak…..layannnnnnnn

Satu hariSudin dan kawan-kawannya bermain di padang permainan. Kebiasaannya,pelajar tabika ini akan bermain daripada makankhasnyawaktu lunch hour.Selepas keletihan bermain,mereka pun duduk untuk berehat di bawah pokok. Tiba-tiba, Kalsom membuka cerita tentang ibu bapanya yang selalu bergaduh.

Kalsom : Mak kite selalu gaduh dengan ayah kite. Diorang macam tak sayang kat kite lagi (Sambil menangis teresak-esak).

Sudin: Macam mane diorang berdaduh??? ( Pelat budak berusia 5 tahun)

Kalsom : Mak kite baling pinggan, pisau, cerek, garfu, peti sejuk, semua yang ada kat dapur.

Sudin : Kesiannya awak. Tapi tite pun sedhih jugak. Mak tite dengan ayah tite pun selalu bedadoh. Selalunya mak tite yang tene pukul. Mak tite selalu jerit jerit. Ayah tite pulak asik suruh diam je sebab tanak tite banun…

Kalsom : Macam mana diorang bergaduh?

Sudin : Mak tite berdaduh dengan ayah tite, sampai berdoyang tate.. (Sambil nangis)

Asal cerita dari sentense (Mak tite berdadoh, sampai berdoyang tate), tapi sajetambah rekaan untuk buat penyedap cerita.

Moralnye : Lawak jenaka orang dewasa….pepaham je la……..

KISAH BURUNG

Kisah baru nie pasal Lawak jenaka burung, letih melayan macam-macam perangai
Lelaki tua betanya: “siapa antra kita d sini yg ada burung?
“Tanpa d duga smua pnduduk lelaki sgra brdiri.
Apabila menyedari kesilapan cara brtanya, lelaki tua itu menambah:
“bukan itu maksud sya!”

Lalu d ajukan soalan yg lain.
“maksud sya, siapa yg pernah lihat burung?
“Tanpa di sangka2 smua penduduk wanita berdiri…

Apabila menyedari prtanyaannya msh tdk tepat, maka dgn muka marah lelaki tua menyambung…
“maaf, bukan itu maksud sya!”

Sekali lagi lelaki tua cuba brtanya:

“maksud sya ada tak sesiapa yg pernah lihat burung yg bukan miliknya?”

Tiba2 separuh penduduk wanita berdiri.Sekali lg muka lelaki tua itu merah padam dan brtambah gugup.Dia segera meminta maaf:

“maaf sekali lagi, maksud sya siapa pernah lihat burung sya?”

Serta merta, isteri lelaki tua itu pun terpacak, berdiri tegak!!
Wakakakaaaa…….Sengal…

Rabu, 4 Mei 2011

RENUNGAN

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)