SEJARAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Powered By Blogger

Selasa, 4 Oktober 2011

timun

MENARIK TENTANG TIMUN

بسم الله الرحمن الرحيم



Jika anda keletihan di siang hari makanlah timun, ia kaya dengan vitamin B dan karbohidrat untuk mengembalikan kesegaran anda dan ianya mampu bertahan berjam-jam.

Jika cermin di bilik mandi anda sentiasa berkabus setiap kali selepas mandi, ambilkan sepotong timun dan sapu ke seluruh muka cermin tersebut, ia akan menghilang kabus dan menghasilkan bauan yang nyaman seperti di spa.

Jika ulat dan siput merosakkan tanaman anda, masukkan beberapa potong timun ke dalam bekas tin aluminium. Tindakan bahan kimia daripada timun dengan aluminium menghasilkan bauan yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia tetapi mampu menghalau serangga perosak lari dari sekitar tanaman tersebut.

Jikan anda ada masalah selulit yang menghodohkan rupa kulit anda, potong beberapa keping timun dan sapukan selama beberapa minit pada kawasan bermasalah tersebut. Ia mengandungi fitokimia yang membuatkan kalogen pada kulit anda bertindak menegangkan lapisan luar kulit dan menghilangkan pandangan selulit itu. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan berkedut pada kulit.

Jika anda mabuk atau pening kepala, makan beberapa potong timun dan pergi tidur. Anda akan segar semula sepelepas bangun. Timun mengandungi gula, vitamin B dan elektrolit yang cukup untuk mengebalikan nutrient yang hilang dari badan anda seterusnya mengembalikan kesimbangan tubuh badan anda. Mabuk dan pening hilang dengan mudah dan percuma.

Tak sempat makan kerana banyak kerja, makan saja timun dan ia mampu mengelakkan anda dari merasa kelaparan. Ia telah lama digunakan oleh para pelayar dan pedagang eropah sejak dulu bagi mengelakkan kebuluran.

Tak sempat gilap kasut berkilat anda, ambil timun segar potong dan sapu pada permukaan kasut tersebut. Kasut akan segera berkilat bersinar-sinar dan bertahan la malah ia juga kalis air!

Timun boleh jadi pengganti kepada WD 40. Jika ensel anda ketat berbunyi, sapukan atau tenyeh saja dengan timun, engsel kembali lancar dan tiada lagi bunyi.

Rasa stress dan berserabut tak perlu pergi ke spa atau pusat urutan. Masukkan saja sebiji timun yang dipotong ke dalam air panas mendidih dan serkup muka anda dengan tuala untuk di salaikan pada stim air campuran timun itu. Anda akan rasa segar dan tenag kembali. Baik untuk kaum ibu dan pelajar yang stress.

Lepas makan dan anda khuatir mulut berbau. Ambil sepotong timun dan tekankan ia dengan lidah pada lelangit mulut anda selama 30 saat. Bahan kimia pada timun akan membunuh bakteria yang bertanggung jawab menghasilkan bau mulut.

Peralatan stainless steel anda boleh digilap dengan potongan timun untuk mengembalikan sinarannya dan ia mampu menghilangkan kekotoran yang melekat pada barang tersebut.

Nak buat pembetulan pada tulisan pen mudah saja dengan mengambil bahagian kulit luar timun dan gosok perlahan-lahan, tulisan akan terpadam. Juga boleh digunakan untuk memadamkan hasil seni anak-anak anda pada dinding rumah. - wartashubhi


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Isnin, 3 Oktober 2011

Ada Apa Pada Niat?

Bismillahirrahmanirrahim.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: 'Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." - [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Ya, segalanya bermula dengan niat.
Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara, semuanya dinilai oleh Allah berdasarkan apa yang terbit dari hati.

Adalah sesuatu yang amat merugikan apabila sesuatu ibadah yang dilakukan, tetapi tidak di terima Sang Pencipta hanya dek kerana hati tidak ditujukan tulus ikhlas kerana-Nya.

Apabila berbicara mengenai 'ikhlas'... Ya Allah,  ia adalah sesuatu yang amat sukar. Namun, ia perlu dilatih.

Hamba Allah mana yang tidak mahu amal keseluruhannya diterima oleh Allah? Manusia beriman yang mana tidak mahu timbangan mizannya berat kerana ibadah yang diterima oleh Allah?  Umat Muhammad yang mana satukah yang tidak berbangga di hari kiamat nanti andai amal-amalnya menjadi asbab untuknya mendiami syurga Allah? Mustahil! Semua dalam kalangan kita ini pastinya mengimpikan perkara tersebut. Jadi, ikhlas dalam beramal adalah kuncinya!

Setiap kali hendak melakukan sesuatu kebaikan di dalam kehidupan seharian, ingatlah... bahawa pada saat itu kita pasti akan diuji.

Syaitan pada ketika itu sentiasa membisik-bisikkan supaya amal yang di lakukan itu bukan bertujuan untuk mencari redha al-Kholik, tetapi untuk mendapatkan balasan daripada al-makhluk yang pada hakikatnya tidak memberatkan walau sedikitpun timbangan mizan kita di hari pengadilan kelak.

Oh niat! Betapa besarnya fungsimu dalam hidup kami. Justeru, mari kita lihat fungsi-fungsi niat secara ringkas sebelum kita pergi lebih jauh.

1.MENYEMPURNAKAN Sempurnanya amal adalah dengan adanya niat.  Niat adalah rukun dalam setiap ibadah. Tanpa niat, maka tidak sempurna ibadah seseorang itu.

02.MENGUBAH
Hanya dengan niat sahaja, amal yang baik mampu berubah kepada buruk.
Sebagai contoh, sedekah itu adalah suatu yang amat baik. Tetapi, sekiranya dilakukan kerana ingin menunjuk-nunjuk pada manusia lain, maka amal itu amat dipandang hina oleh Allah.
Tetapi ingat, dengan niat yang baik, tidak sesekali akan mengubah keburukan kepada kebaikan.
Contohnya, konsert rock amal. Walaupun niat untuk membantu golongan susah dengan dana yang diperolehi itu adalah baik, namun dengan mengadakan konsert yang menggalakkan pergaulan bebas berlainan jantina sangatlah tidak dibenarkan dalam islam. Niat tidak menghalalkan cara.

03.MEMBEZAKAN
Niat membezakan antara adat dan ibadah. Contohnya, sekiranya seseorang itu makan tanpa meniatkan apa-apa, maka makannya itu adalah adat. Tetapi sekiranya makannya itu diniatkan untuk mendapatkan kekuatan untuk melakukan ibadah selepas itu, maka makannya dikira sebagai ibadah kepada Allah.

04.MEMBESARKAN / MELIPATGANDAKAN
Amal yang kecil, kadang-kadang boleh menjadi besar hanya kerana niat. Contohnya, seseorang yang menyumbang RM1 untuk membantu pembangunan masjid dan dia melakukan itu hanyalah semata kerana Allah, maka percayalah, nilai sumbangannya itu adalah amat besar di sisi-Nya.
Sebaliknya, seseorang yang menyumbang RM 10 000 untuk tujuan menunjuk-nunjuk, di sisi Allah sumbangan itu adalah amat kecil.

Ingatlah... betapa banyaknya amal yang kecil menjadi besar gara-gara niat; dan betapa banyaknya amal yang besar menjadi kecil juga gara-gara niat.
SubhanAllah, betapa besarnya peranan niat ini dalam kehidupan kita.

Para ulama' pernah menukilkan bahawa ada seorang lelaki yang berhijrah dari Mekah ke Madinah bukan bertujuan untuk memperolehi kelebihan dan ganjaran hijrah tetapi dia berhijrah demi mengahwini seorang wanita bernama ummu Qais. Lalu dia digelar 'Muhajir ummu Qais' dari riwayat at-Thobarani.
Sekiranya kita lihat realiti masa kini, dalam konteks seorang pelajar, apakah niat kita menuntut ilmu?

Adakah semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah, mandapatkan pekerjaan yang hebat, beli rumah besar, pandu kereta mewah dan supaya dapat kumpul duit untuk menjamin masa tua kita kelak?
Saya tidak mengatakan tujuan itu salah, tetapi adakah hanya sesempit itu maksud tujuan kita menuntut ilmu?
Sekiranya hanya itu yang kita niatkan untuk mempelajari ilmu ini, maka tanyakan pada diri sendiri, apa bezanya tujuan belajar kita dengan tujuan belajar orang lain yang tidak beriman dengan Allah sebagai pencipta dan pentadbir sekalian alam?

Adakah tidak sedikit pun di dalam lubuk hati kita meletakkan menuntut ilmu sebagai menyahut seruan cinta daripada Allah, yang mana Allah akan  menjanjikan darjat yang lebih tinggi bagi orang-orang yang berilmu?

"... nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang BERILMU beberapa darjat. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan." - [al-Mujadilah: 11]

Selain dari itu, tidakkah sedikit pun di dalam hati kita meletakkan ruang untuk menjadi pembela kepada ummat setelah kita berjaya?
Atau tidakkah ada sekelumit rasa di dalam sanubari untuk menjadi penyumbang sama ada dalam bentuk harta, ilmu mahupun tenaga setelah tamat pengajian kelak sepertimana yang telah dilakukan oleh para sahabat pada ketika dahulu?

Abu Bakar telah menyerahkan seluruh hartanya dalam peperangan menentang kaum kafir, manakala Abdul Rahman bin Auf menyumbang dan menginfa'kan hartanya yang banyak demi menegakkan kalimah Allah.
Cukuplah golongan sahabat yang mana Rasulullah menyifatkan mereka sebagai sebaik-baik generasi menjadi contoh buat kita dalam meniti hari-hari di bumi Allah ini.

Oleh itu, ayuh kita semua belajar, berusaha dan melatih diri untuk sentiasa ikhlas dalam setiap amal yang dilakukan agar di hari akhirat kelak kita menghadap Allah dengan wajah yang berseri-seri untuk mempersembahkan amal-amal yang tulus ikhlas semata-mata kerana-Nya. Ya, hanya kerana-Nya.

"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian saja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang menyerah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." - [al-An'am: 162-163]

sumber - Artikel iluvislam.com